BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 12 June 2013

~model bagi projek yang dihasilkan~

model yang kami hasilkan adalah pencetak tauhu yang  mempunyai pelbagai fungsi dalam satu alat iaitu, proses memotong dan memadat.

nie la pencetak yang merangkap 'blade' bagi meotong tauhu yang telah siap dipadat.

pencetak akan memotong tauhu yang terdapat di dalam bekas dibawahnya.



nie la model yang sebenar bagi pencetak tauhu yang  telah  dibuat penambahbaikan... ;)
Kami bersyukur, akhirnya segala idea dan rekaan yang dirancang berjaya direalisasikan dalam subjek asas reacipta ini. Melalui projek ini, banyak pengalaman yang telah kami perolehi  dalam proses menyiapkan model berkenaan. Banyak juga bahan baru yang diperkenalkan kepada kami, seperti foam, tanah liat dan PVC foam. Dimana, setiap bahan yang digunakan memerlukan pengetahuan asas untuk menggunakan, seperti kaedah pemotongan dan kemasan. Alhamdulillah, akhirnya model kami berjaya di realisasikan dan mendapat peneguhan positif daripada pensyarah... ;)

~ proses menyiapkan model~

kt bawah nie, sy sertakan gambar2 ketika proses menyiapkan model yang kami hasilkan iaitu pencetak tauhu... ;)

proses menanda

proses pemotongan kayu

proses menanda pada PVC Foam

proses pemotongan PVC Foam

PVC Foam yang telah siap dipotong dan dicantum

proses mencantumkan kayu


~buku idea~

bila kta dah buat sesuatu rekacipta untuk produk tertentu, buku idea nie merangkap dokumen bertulis yang boleh dijadikan sebagai panduan pada masa akan datang. so, dalam buku idea nie mst la terdapat beberapa elemen penting iaitu:-

1. Pengenalan
2. Biodata pereka
3. Carta Gantt
4. Kenal pasti masalah
5. Masalah yang dipilih
    - Kajian awal
    - Kajian lapangan
    - Penyataan Masalah
    - Spesifikasi rekabentuk
6. Penjanaan idea
7. Lakaran produk
8. Kelebihan dan Kekurangan
9. Bahan dan Kos
10. Lukisan kerja
11. Lukisan bebas
12. Lampiran.

haaa, elemen2 nie la yang perlu ada dalam sebuah buku idea. dah nma pun buku idea, so x ksh kta nk mskkan apa pun lagi dalam nie, jnji ia berkaitan dgn produk yang akan kita reka.. ;)

Monday 27 May 2013

~harta intelek~

assalamualaikum.... haaa, tau x harta intelek tu apa?? harta intelak tue sebenarnya hasil ciptaan minda, rekacipta, karya satera dan seni, simbol, nama dan imej yang digunakan dalam perdagangan. sebenarnya, harta intelek nie mempunyai pelbagai kategori iaitu :-

  • Paten
  • Cap dagangan
  • Hak cipta
  • Rekabentuk perindustrian
  • Petunjuk geografi
  • Rekabentuk susunatur litar bersepadu
  • Pembaharuan utiliti
  • Maklumat perdagangan/ maklumat yang tidak diketahui.
jom kita tgok satu persatu kategori tersebut:-

1) Paten
- Paten adalah satu pemberian (grant) yang memberi hak eksklusif kepada pereka cipta untuk membuat, mengguna atau menjual reka ciptanya di Malaysia untuk tempoh 20 tahun dari tarikh pemfailan permohonan.

2) Cap dagangan
- Cap Dagangan adalah tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakannya daripada barang atau perkhidmatan yang 
dikeluarkan oleh pihak lain; Pendaftaran berkuat kuasa selama sepuluh tahun dan boleh diperbaharui 
tiap-tiap sepuluh tahun.

3) Rekabentuk Perindustrian
- Ciri-ciri rupa bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan terhadap suatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian yang mana ciri pada barang yang disiapkan adalah menarik pandangan 
mata; Tempoh perlindungan adalah selama lima tahun daripada tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan dua kali selama lima tahun setiap kali lanjutan. 

4) Hak cipta
- Hak Cipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pemilik karya seperti karya sastera, seni, muzik, rakaman bunyi, filem dan siaran untuk mengawal karya tersebut bagi satu tempoh yang 
telah ditetapkan; Pada amnya tempoh perlindungan adalah sepanjang hayat pencipta dan lima puluh tahun selepas kematiannya.

5) Petunjuk geografi
- Petunjuk yang mengenal pasti indikasi dari mana sesuatu barang itu berasal di mana kualiti kerja, reputasi atau lain-lain ciri barang tersebut dikaitkan dengan tempat asal ia dikeluarkan. Tempoh perlindungan 
adalah selama 10 tahun dan layak diperbaharui semula.

6) Rekabentuk Susunatur Litar Bersepadu
- Susunan tiga dimensi unsur-unsur sesuatu litar bersepadu yang disediakan bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan untuk di kilang. Tempoh perlindungan adalah selama 10 tahun dari tarikh mula ia 
dieksploitasi secara perdagangan.

Tuesday 21 May 2013

~step before make a real product~

assalamualaikum....

sebelum kita nk terus buat product yang sebenar, kita kena prezen proposal dlu pada pensyarah pembimbing kita. Ia adalah untuk membuat penambahbaikan pada produk yang akan dihasilkan. tetapi tidak tertumpu hanya pada satu penyataan masalah, ia mestilah mempunyai pelbagai penyataan masalah yang boleh kita pilih yang terbaik untuk dijadikan sebagai produk sebenar yang akan dihasilkan sebagai penambahbaikan pada produk yang sedia ada.

bagi sesi ini,. produk yang akan dihasilkan ialah bertemakan IKS (Industri Kecil dan Sederhana). Kumpulan kami mempunyai tiga penyataan masalah berkaitan dengan IKS, iaitu proses pembuatan tauhu dan cakar ayam, proses mencabut ubi kayu dan yang terakhir adalah proses membersihkan najis binatang ternakan seperti kambing dan lembu.

antara isi yang perlu ada di dalam proposal adalah:-


  • masalah - masalah yang berkaitan (gambar sahaja)
  • penyataan masalah bagi ketiga-tiga idea
  • idea
* pastikan tiada lagi gambar produk yang akan dihasilkan, ia bertujuan supaya pelajar tidak terikat dengan satu-satu produk sahaja...

pembuatan tauhu

kandang kambing

proses mencabut ubi kayu




Saturday 11 May 2013

~ element and principles of design ~

assalamualaikum.....

dalam kita merekacipta produk baru, terdapat beberapa elemen yang kita perlu ambil tahu, dan yang perlu dititiberatkan dalam produk yang telah direkacipta.

Element of design :-
1. Color
2. Value
3. Texture
4. Shape
5. Form
6. Space
8. Line

hurm, so... lepas nie, kalau kita nk rekacipta sesuatu produk, elemen-elemen diatas perlulah diambil kira... sebagai contoh, warna... kalau kita nk rekacipta produk untuk kanak-kanak, maka mestilah menggunakan warna yang terang supaya dapat menarik minat kanak-kanak tersebut... betul x??? selain pada elemen, prinsip-prinsip design pun kita perlu ambil kira, iaitu :-

Principles:-
1. Balance
2. Rhythm
3. Contrast
4. Movement
5. Unity
6. Harmony
7. Emphasis

haaa, dari segi prinsip plak, produk yang telah direkacipta mstilah mempunyai prinsip2 diatas.... jangan lupa yer, supaya produk yang kita hasilkan boleh diterima pakai oleh masyarakat dan in shaa Allah dapat dikomersialkan... ;)

~penjanaan idea~

assalamualaikum.... bismillahirrahmanirrahim....










Dalam merekacipta sesuatu produk, penjanaan idea sangat penting... kenapa?? erm... kerana idea2 kta semakin bertambah apabila dijanakan. saya pun baru tau terdapat beberapa kaedah dalam penjanaan idea nie... nak tau apa kaedahnya?? meh kta lihat sama2...

1. Brainstorming
2. Kaedah 6-3-5
3. Senarai atribut morfologi
4. Senarai tindakan alternatif
5. Kaedah SCAMPER
6. Pengeraman (incubation)
7. TRIZ

tetapi kebanyakan kita banyak yang guna kaedah brainstorming... ;) sbb kta dah terbiasa and maybe kta x tau sebenarnya ada banyak kaedah lain lagi... so, lpas nie... blh la kta cuba kaedah lain plak dalam penjanaan idea.... selamat mencuba ;)

Saturday 27 April 2013

* anthrapometrics*

haaaaa.... mst ramai yang x tau apa itu anthrapometric kn? dalam membuat merekacipta sebarang alat yang berkaitan dengan manusia, ia mestilah mengambil kira faktor anthrapometrics iaitu ukuran tubuh manusia. even kita nk buat benda yg kecil pun, mst ikut ukuran standard tubuh manusia tau, contoh yang paling dekat dengan kita seperti handphone, haaa, cuba tgok saiz handphone kita, mst mempunyai ukuran yg bersesuaian dgn tangan kita kn? x pun, contoh lain yang selalu related dgn kita ialah mesin atm, haa... penah x kita pg mna2 mesin atm yg memerlukan kita ambil duit sambil membongkok, atau pun kita terpaksa menjinjat utk mengeluarkan wang? x pernah kn? sbb tue la pentingnya faktor anthrapometrics nie dalam merekacipta sesuatu alat sbb ramai manusia yang nk guna alat tersebut, x kira perempuan atau lelaki, gemuk atau kurus, tinggi atau rendah dan sebagainya... kta bwh nie, sy ada sertakan serba sedikit yang berkaitan dengan anthrapometrics.. :-




tgok nie, if kta nk beli seluar pun ada saiz2 tertentu tau, terutamanya perempuan yang mmg mempunyai pelbagai saiz...

*ergonomik*

bila kta sebut je pasal ergonomik mst ia berkaitan dgn keselesaan penggunaan terhadap sesuatu produk yg digunakan. Sebenarnya ia banyak berkaitan dalam kehidupan seharian kta terutamanya kepada pelajar. Contohnya bila terlalu lama mengadap laptop, jika kta berada dalam keadaan statik je, for surely pinggang kta akan terasa sakit or terasa skt blkng bila nk tido. Sbb tue kta kena duduk dalam keadaan yg ergonomik... haaa, tau x keadaan yg ergonomik tue cmne? contohnya kta kena pastikan pinggang kta tegak dan selalu bersandar utk elak kta dari membengkok. Pastu keadaan tgn kta masa menaip, lbh elok kta beli pengalas tgn utk elak tgn jd letih dan lebih selesa ketika menaip... bila mata dah agak lth, bgn seketika... or tido kejap... hihi ;) haaa, masa angkat brg pun, kta kena pastikan kta angkat dlm keadaan yg betul... dlu, sy pernah pergi lawatan ke NIOSH, kt sna kta blh tau dgn lebh lanjut psl ergonomik nie... sy ada cuba meja kerja yg mempunyai alat yg amat selesa, di mana suma kelengkapan yg terdapat pada meja tersebut boleh dilaraskan mengikut kesesuaian dan keselesaan individu tue sendiri...

video kt atas nie, ada tunjuk pasal kepentingan ergonomik bagi pelajar yang selalu menggunakan laptop. jangan ambil lewa mengenai ergonomik nie tau, sbb ia akan memberi kesan pada tubuh manusia apabila usia makin meningkat... so, fikir-fikirkanlah... ;)


Saturday 16 March 2013

~part of my sketch ~

malu lak nk tnjuk... sy x kreatif tp sy cuba yg terbaik... hihihi... kdg2 manusia tue perlukn lbh usaha utk jadikan ia lbh baik... nk lukis tue blh, tp x de la smpai bombastik ;) kt bawh nie part og my lakaran.. ;) tp setiap lakaran yg dibuat sumanya ada mksd dan cerita... hihi...


















Thursday 7 March 2013

gelombang warna...;)

last cls ari tue, pn ada sebut pasal gelombang warna, di mna ia ada kaitan dengan rekacipta yang kita nk buat berkaitan dengan elemen dan prinsip yang perlu di ambil kira dalam sesuatu reka bentuk.tp kt sini, saya rasa tertarik lak nk kongsi pasal gelombang warna yang memberi kesan dalam kehidpan kita seharian... jom kita tgok...

Warna pakaian mengikut hari:

Ahad – hitam
Isnin- Putih/ungu
Selasa- pink
Rabu- Biru
Khamis – kuning/ oren
Jumaat- hijau
Sabtu- Merah

Warna ruang rumah:

Ruang tamu- hijau
Dapur- kuning
Bilik air- oren
Luar rumah- kuning cair
Bilik solat- putih

 jgn lupa klik link kt bawah nie, utk tau dgn lbh lanjut.. ;)
gelombang warna dari perspektif islam



Wednesday 20 February 2013

saya dan kreativiti......


assalamualaikum..... jwb2... nnt kta sma2 dpt manfaatnya... ;) orang dlu2 ckp, if org tue kidal mst dia kreatif. kalo contoh terdekat yg saya tgok abg n akak saya la, mmg dorang kidal n mmg dorang kreatif. hihi.... tp skang, x pun.... org yg kreatif tue x semestinya dia kidalkn?? cth terdekat of coz la kwn bek saya... SITI NADIRAH... hihihi... ;) dia x kidal pun, tp lukisan dia or whatever yg berkaitan ngn seni sure dia yg bombastik... seriously.... rsanya kreatif nie dtg dari mana erk??? depends on diri sendiri or keturunan yer?
kreativiti nie, kdg2 dtg dari pelbagai bentuk... bak kata Pn Fadila, org yang x pandai melukis, x semestinya dia x kreatif, maybe dia kreatif dari segi idea... so, org2 yang x kreatif melukis mcm sy nie, jgn la rasa merendah diri yer... maybe kta ada kelebihan dari sudut yang lain... hihi... =)

belas ikhsan google ;)

 org yg kreatif nie kn, suma bnda yg dia nmpk, mst ada je idea dia nk buat even, kta x penah terpikir pun bnda tue blh jadi brg perhiasan yg cantik. yg kta tau, bila bnda tue dah x guna, kta tros buang kn... ;)