assalamualaikum.... haaa, tau x harta intelek tu apa?? harta intelak tue sebenarnya hasil ciptaan minda, rekacipta, karya satera dan seni, simbol, nama dan imej yang digunakan dalam perdagangan. sebenarnya, harta intelek nie mempunyai pelbagai kategori iaitu :-
- Paten
- Cap dagangan
- Hak cipta
- Rekabentuk perindustrian
- Petunjuk geografi
- Rekabentuk susunatur litar bersepadu
- Pembaharuan utiliti
- Maklumat perdagangan/ maklumat yang tidak diketahui.
jom kita tgok satu persatu kategori tersebut:-
1) Paten
- Paten adalah satu pemberian (grant) yang memberi hak eksklusif kepada pereka cipta untuk membuat, mengguna atau menjual reka ciptanya di Malaysia untuk tempoh 20 tahun dari tarikh pemfailan permohonan.
2) Cap dagangan
- Cap Dagangan adalah tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakannya daripada barang atau perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh pihak lain; Pendaftaran berkuat kuasa selama sepuluh tahun dan boleh diperbaharui
tiap-tiap sepuluh tahun.
3) Rekabentuk Perindustrian
- Ciri-ciri rupa bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan terhadap suatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian yang mana ciri pada barang yang disiapkan adalah menarik pandangan
mata; Tempoh perlindungan adalah selama lima tahun daripada tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan dua kali selama lima tahun setiap kali lanjutan.
4) Hak cipta
- Hak Cipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pemilik karya seperti karya sastera, seni, muzik, rakaman bunyi, filem dan siaran untuk mengawal karya tersebut bagi satu tempoh yang
telah ditetapkan; Pada amnya tempoh perlindungan adalah sepanjang hayat pencipta dan lima puluh tahun selepas kematiannya.
5) Petunjuk geografi
- Petunjuk yang mengenal pasti indikasi dari mana sesuatu barang itu berasal di mana kualiti kerja, reputasi atau lain-lain ciri barang tersebut dikaitkan dengan tempat asal ia dikeluarkan. Tempoh perlindungan
adalah selama 10 tahun dan layak diperbaharui semula.
6) Rekabentuk Susunatur Litar Bersepadu
- Susunan tiga dimensi unsur-unsur sesuatu litar bersepadu yang disediakan bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan untuk di kilang. Tempoh perlindungan adalah selama 10 tahun dari tarikh mula ia
dieksploitasi secara perdagangan.
0 comments:
Post a Comment