BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 27 May 2013

~harta intelek~

assalamualaikum.... haaa, tau x harta intelek tu apa?? harta intelak tue sebenarnya hasil ciptaan minda, rekacipta, karya satera dan seni, simbol, nama dan imej yang digunakan dalam perdagangan. sebenarnya, harta intelek nie mempunyai pelbagai kategori iaitu :-

  • Paten
  • Cap dagangan
  • Hak cipta
  • Rekabentuk perindustrian
  • Petunjuk geografi
  • Rekabentuk susunatur litar bersepadu
  • Pembaharuan utiliti
  • Maklumat perdagangan/ maklumat yang tidak diketahui.
jom kita tgok satu persatu kategori tersebut:-

1) Paten
- Paten adalah satu pemberian (grant) yang memberi hak eksklusif kepada pereka cipta untuk membuat, mengguna atau menjual reka ciptanya di Malaysia untuk tempoh 20 tahun dari tarikh pemfailan permohonan.

2) Cap dagangan
- Cap Dagangan adalah tanda yang diletakkan pada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakannya daripada barang atau perkhidmatan yang 
dikeluarkan oleh pihak lain; Pendaftaran berkuat kuasa selama sepuluh tahun dan boleh diperbaharui 
tiap-tiap sepuluh tahun.

3) Rekabentuk Perindustrian
- Ciri-ciri rupa bentuk, tatarajah, corak atau hiasan yang digunakan terhadap suatu barang melalui apa-apa proses atau cara perindustrian yang mana ciri pada barang yang disiapkan adalah menarik pandangan 
mata; Tempoh perlindungan adalah selama lima tahun daripada tarikh pemfailan dan boleh dilanjutkan dua kali selama lima tahun setiap kali lanjutan. 

4) Hak cipta
- Hak Cipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pemilik karya seperti karya sastera, seni, muzik, rakaman bunyi, filem dan siaran untuk mengawal karya tersebut bagi satu tempoh yang 
telah ditetapkan; Pada amnya tempoh perlindungan adalah sepanjang hayat pencipta dan lima puluh tahun selepas kematiannya.

5) Petunjuk geografi
- Petunjuk yang mengenal pasti indikasi dari mana sesuatu barang itu berasal di mana kualiti kerja, reputasi atau lain-lain ciri barang tersebut dikaitkan dengan tempat asal ia dikeluarkan. Tempoh perlindungan 
adalah selama 10 tahun dan layak diperbaharui semula.

6) Rekabentuk Susunatur Litar Bersepadu
- Susunan tiga dimensi unsur-unsur sesuatu litar bersepadu yang disediakan bagi sesuatu litar bersepadu yang dimaksudkan untuk di kilang. Tempoh perlindungan adalah selama 10 tahun dari tarikh mula ia 
dieksploitasi secara perdagangan.

Tuesday, 21 May 2013

~step before make a real product~

assalamualaikum....

sebelum kita nk terus buat product yang sebenar, kita kena prezen proposal dlu pada pensyarah pembimbing kita. Ia adalah untuk membuat penambahbaikan pada produk yang akan dihasilkan. tetapi tidak tertumpu hanya pada satu penyataan masalah, ia mestilah mempunyai pelbagai penyataan masalah yang boleh kita pilih yang terbaik untuk dijadikan sebagai produk sebenar yang akan dihasilkan sebagai penambahbaikan pada produk yang sedia ada.

bagi sesi ini,. produk yang akan dihasilkan ialah bertemakan IKS (Industri Kecil dan Sederhana). Kumpulan kami mempunyai tiga penyataan masalah berkaitan dengan IKS, iaitu proses pembuatan tauhu dan cakar ayam, proses mencabut ubi kayu dan yang terakhir adalah proses membersihkan najis binatang ternakan seperti kambing dan lembu.

antara isi yang perlu ada di dalam proposal adalah:-


  • masalah - masalah yang berkaitan (gambar sahaja)
  • penyataan masalah bagi ketiga-tiga idea
  • idea
* pastikan tiada lagi gambar produk yang akan dihasilkan, ia bertujuan supaya pelajar tidak terikat dengan satu-satu produk sahaja...

pembuatan tauhu

kandang kambing

proses mencabut ubi kayu




Saturday, 11 May 2013

~ element and principles of design ~

assalamualaikum.....

dalam kita merekacipta produk baru, terdapat beberapa elemen yang kita perlu ambil tahu, dan yang perlu dititiberatkan dalam produk yang telah direkacipta.

Element of design :-
1. Color
2. Value
3. Texture
4. Shape
5. Form
6. Space
8. Line

hurm, so... lepas nie, kalau kita nk rekacipta sesuatu produk, elemen-elemen diatas perlulah diambil kira... sebagai contoh, warna... kalau kita nk rekacipta produk untuk kanak-kanak, maka mestilah menggunakan warna yang terang supaya dapat menarik minat kanak-kanak tersebut... betul x??? selain pada elemen, prinsip-prinsip design pun kita perlu ambil kira, iaitu :-

Principles:-
1. Balance
2. Rhythm
3. Contrast
4. Movement
5. Unity
6. Harmony
7. Emphasis

haaa, dari segi prinsip plak, produk yang telah direkacipta mstilah mempunyai prinsip2 diatas.... jangan lupa yer, supaya produk yang kita hasilkan boleh diterima pakai oleh masyarakat dan in shaa Allah dapat dikomersialkan... ;)

~penjanaan idea~

assalamualaikum.... bismillahirrahmanirrahim....










Dalam merekacipta sesuatu produk, penjanaan idea sangat penting... kenapa?? erm... kerana idea2 kta semakin bertambah apabila dijanakan. saya pun baru tau terdapat beberapa kaedah dalam penjanaan idea nie... nak tau apa kaedahnya?? meh kta lihat sama2...

1. Brainstorming
2. Kaedah 6-3-5
3. Senarai atribut morfologi
4. Senarai tindakan alternatif
5. Kaedah SCAMPER
6. Pengeraman (incubation)
7. TRIZ

tetapi kebanyakan kita banyak yang guna kaedah brainstorming... ;) sbb kta dah terbiasa and maybe kta x tau sebenarnya ada banyak kaedah lain lagi... so, lpas nie... blh la kta cuba kaedah lain plak dalam penjanaan idea.... selamat mencuba ;)